08 September 2013

semester 4

Assalamualaikum 
guys girls

click untuk tumbesaran
  • kat atas ni ialah jadual semester 4 aku...perghh seronok kan bila lihat ada banyakkk sangat gap and class yg start tengahari buta gitu and habis lewat malam..sebenarnye tak best pun..mana subject yg dia buat malam tu pasal lecturer yg mengajar tu hanya part timer and hanya boleh buat class malam2 -.- so siang memang takde apela kannn =.=''  untuk mengelak masalah bosan siang hari aku decide nak tambah or add subject...dua subject iaitu Technopreneurship dan Human Resource Management. bile tanya senior2 yg merupakan kengkawan kat MIAT ni jugak dorang cadangkan aku add dua subjek ni sebab ringan sikit and takdela bebankan 4 subjek lain yg memang ade dalam timetable...so nanti isnin nak bincang dengan 2 others coursemate yg belum ambik subjek yg sama..yelaaa orang lain bantai ambik shortsem yg kitorang ni malas sangat nak beban otak ambik shortsem..hahaha
  • ok lah tu je kot untuk harini. saje je post entry sebab weekend aku agak membosankan :3

15 May 2013

UBAH !

zaman dulu dengan zaman sekarang aku rasa aku dh banyak berubah. secara drastik mahupun tidak. aku dapat rasakan yg aku sangat sudah berubah. 

kalau dulu aku cuma memakai tee hitam jeans and snowcap....lagi selesa macam ni
tanpa mekap...cuma pakai selipar yg kalau di tengok dari jarak dekat memang boleh tahan nipis dia
asalkan aku selesa...

sesekali lepak dengan kawan2,..aku cuma pakai seluar bunga2 aku ni...and macam biasa baju hitam aku...
tahap kemerengan berpakaian masih jelas terlihat lg...aihh :(

tapi sekarang...aku dh berani pakai macam ni...err mungkin pengaruh rakan sebaya
and naluri aku untuk menjadi lebih perempuan...
dah berani dan reti jalan pakai heels...dah pandai tompok2 shadow dekat kelopak mata
dah pandai memerahkan pipi dan bibir yg sememangnya sudah merah
ini akukah???

 banyak sangat perubahan yg sangat ketara...aku kah ini???



28 April 2013

Berubahlah wahai hati

Petikan ini aku ambik daripada Facebook Khairun Nisa ...saja share sebab agak menarik bagi aku bila aku baca :)

Saya teringat perbualan dengan adik seusrah .

" Akak, nak guna kain telekung ke " , sapanya ketika melihat saya mula pakai tudung labuh setelah selesai wuduk.

Saya senyum :)

" Tak perlu, akak solat macam nie je (solat dengan pakaian yang dipakai tanpa memakai telekung). Ini salah satu cara atau kempen yang akak lakukan kepada para wanita Islam agar menutup aurat dengan sempurna . Mereka yang yakin pakaian yang dia pakai boleh dipakai semasa solat, pasti yakin pakaian itu menutup aurat dengan sempurna " terang saya.

Dia pula tersenyum sambil menganggukkan kepala.

Itulah cara saya 'menegur' pakaian para wanita Islam yang memakai pakaian ketat, sendat, singkat & melekat.



kadang2 terdetik dalam hati bila aku akan berubah..menutup apa yg patut..buang segala perbuatan aku yg tak elok..sampai bila aku harus bergelumang dengan perkara yg dilarang..aku cuba cari kekuatan.. masih adakah sinar untuk aku berubah menjadi lebih baik? atau aku harus teruskan hidup dengan keadaan yg memalukan -.-

26 April 2013

warnai duniaku

Fitri 22nd Birthday Flour Fight

Malaysia Airlines Academy (MAA)

birthday Mieymiey

LIMA Langkawi 2013

CSR13 - Taman Negara


hari-hari gundah ku diwarnai dengan warna-warna bahagia. semoga aku mampu melalui hari2 ku dengan ceria sehingga nafas terhenti :)

13 March 2013

Assalamualaikum 

its been a very long time aku tak update blog ni. rasa mcm kekok sangat walhal dulu selalu je aku update.
masa berubah begitu cepat kan. sedar tak sedar sekarang dh masuk pertengahan bulan 3, 2013...last update pn tahun 2012...

sekarang ni tak banyak idea nk update memandangkan bekalan internet yg susah sgt nak masuk area rumah sewa aku. tak tau nape tp tu laaa...tensen jugak bila tak tau nak post ape. haha

bytheway
aku dah masuk semester 3 dekat MIAT ni
harap2 aku dapat bertahan sampai semester 8
berkat dorongan and sokongan mereka yg menyayangi aku
aku masih lagi bertapak kat dunia zombi tu walaupun kadang2 aku give up dengan silibus yg sangat susah
bila pikir2 semua benda tu susah sebenarnye
haihhhh

yess kawan baru
setiap semester bertambah kawan baru
tp macam biasa bila bertambah ada saja yg buat perangai
pape pun layankan sajalah

haihh tu jela aku nk taip
sambil2 cari info buat assignment ni
pape pun aku try la update nanti ok :)