24 May 2012

aku pemalu :3

hi salam selamat tengah hari semua :)


maaflah entry yg selalu aku buat mesti pasal diri aku sendiri. takkan nak cakap pasal orang lain pulak kan -.-'' kali ni nak habaq kat semua yg aku ni PEMALU!!! tp pemalu dengan perempuan sahaja..*sigh.. selalu je aku blushing bila nk mula conversation dengan perempuan. Aku rasa diri aku masih tak berubah sangat la bila pasal nak berkawan dengan perempuan. Mungkin sebab dari kecil lg aku dah berperangai macam budak laki tu pasal sampai sekarang perasaan malu tu susah nak di buang --' jum aku nak bercerita sikit pasal diri aku ni..


kisahnya macam ni.........



masa kecik-kecik dulu aku tak ada kawan perempuan. kawan-kawan aku cuma abang-abang aku sahaja (Eddy and Joe) and aku jugak berkawan dengan beberapa kawan lelaki abang-abang aku macam AhTeng, Alan, Adan, Atot and few more (aku dah lupa nama). Macam-macam benda aku buat dengan kawan-kawan aku tu macam lumba basikal, buat aksi superman naik basikal, panjat pokok manggis and macam-macam lg. memang takde satu pun activity perempuan yg aku buat masa kecik-kecik dulu. lagian..aku masa kecik-kecik mana nak reti pakai skirt2 ni semua. dah besar ni je mula jinak-jinak pakai skirt la pakai dress la. masa kecik-kecik jangan haraplah aku nak pakai tu semua. bagi aku semua tu untuk budak-budak perempuan sahaja. eh? aku ni bukan perempuan ke? err...dulu masa kecik-kecik memang aku berpendapat yg aku ni bukan perempuan :|


macam ni la aku kecik2 dlu. nyorok malu :3

pernah suatu masa aku rasa umur aku baru nak masuk darjah satu kot. ha sini aku mula nak berkawan dengan budak perempuan tapi tu pun pasal mak aku paksa ==' masa nak berkawan tu aku ingat lagi ada sorang budak perempuan (kalau tak silap nama dia Ana) tegur aku ajak aku main dengan dorang. main masak-masak. eh pelik -.-'' mana pernah aku main permainan ni..huu -.-'' mula-mula ingat main berdua je, aku ok lg tp lepas tu dia boleh panggil kawan-kawan dia.semua perempuan pulak tu. apa lg...menyorok belakang pokok sey aku. last2 aku balik rumah sebab malu nak join dorang :3 nampak tak kat situ betapa pemalunya aku dengan perempuan :|


tak ku sangka perangai aku ni masih lagi kekal sampai sekarang. cuma sekarang takdelah pergi menyorok belakang pokok ke ape. cuma sekarang ni muka still akan blushing. aku rasa macam nak tutup je muka aku ni. and aku tak tahu nak borak ape kalau dengan perempuan. nak start conversation tu ya ampunnn...kekadang kalau tengok balik chat aku ke ape..aku rase care aku tegur kawan-kawan perempuan aku dah macam care nak mengorat perempuan. eh :P tak tak mana ada aku nak ngorat dorang.aku niat nak kawan je. jangan marah :3



paling menyayat hati,pernah kawan laki aku cakap camni."depan aku takpe ko borak2 dengan Gf aku, belakang aku jangan sebab aku tahu nanti ko mesti ngorat Gf aku punye kan." ehem :P mana ada aku buat camtu...Gf dia comel so aku macam suka lah. haha :D alamak...nampak tak kat situ apa yg jadi :3


sekarang ni aku cuba nak berkawan balik dengan perempuan, hangout dengan dorang dan macam-macam lah. rindu ok nak keluar dengan gegirl only :| bergosip..kelihatan gegirl and banyak lagi lah tp nak start berkawan dengan perempuan tu masih jadi satu masalah. Untuk jadi rapat dengan perempuan memang suatu risiko yg aku rasa mcm susah untuk aku buat. yelah..bila dah rapat dengan perempuan bergelar BFF boleh pulak kutuk aku kaw-kaw. tikam aku dr belakang dan jugak menyebarkan kata-kata kesat pasal aku. cehhh...ni lah paling aku tak suka pasal perempuan. depan drama tp belakang serupa haram jadah. eh bukan semua macam tu tp segelintir yg aku kenal berperangai macam tu :| so agak FOBIA di situ :|


tp sekarang ni jugak aku dh kurang berkawan dengan guys jugak. Atas sebab ingin menjadi lebih perempuan. haha :D guys ni dorang tak drama tp dorang tetap kutuk depan2 -.-" tu yg lain sikit. bukan kutuk belakang2 tp depan2. tahan dengan tak tahan jela telinga ni mendengar. pape pun aku nak jarakkan diri bermula dari saat2 ingin bergelar perempuan sejati :3

eh apa kaitan dengan Lana Del Rey ni? haha :P


err aku rasa tu je kot nak cerita kali ni. aku harap korang yg baca ni faham aku. hehe :)









a place where i continue my study :)

hi all salam :)


2.25 am aku terbangun sbb kelaparan lantas aku menggodek blog aku.. hehe. Nampak tak perubahan yg agak ketara kat blog aku? bertukar skin kan :P alah..aku pakai skin yg dah di buat oleh orang lain tapi aku tukar la ape yg patut ikut citarasa aku. hmm..memandangkan tengah serabut ni and lapar tu yg aku godek2 menda ni =='


ok berbalik kepada tajuk entry, sebagaimana yg sesetengah mungkin tahu lokasi tempat aku study kan. tp sini meh aku nak kongsi sikit map tempat aku study yg aku google guna Google Maps :P see tengok bawah ni.

Unikl MIAT 
see..MIAT ni bukan besar mana pun ye kawan-kawan :) tapi aku dh cukup ok dengan tempat ni. Cuma aku tak berapa nak suka asrama kt sini. Macam asrama sekolah -.- so semester 2 nanti aku lebih prefer duduk luar dari duduk dalam MIAT. lagipun MIAT ni terletak kat hujung ke dalam kampung kira jauh jugak la. lagipun bilangan bangunan hostel utk student perempuan hanya 1 sahaja. huuuuii mana cukup !


MIAT dulu dan sekarang dh lain ok. kalau dulu memang student perempuan yg study kat sini dikira agak rare lah tp sekarang dah ramai kot. tu yg kebanyakkan student perempuan MIAT yg memiliki kenderaan sendiri akan memilih utk tinggal diluar asrama berbanding dalam asrama. lagian...kalau nak dok asrama kena booking lah kena kumpul cop banyak2 lah -.- ihh..aku join je activity asrama tp aku tak g hambek cop tu pn -.- malass :P