10 August 2012

Ramona Azween- Selamat Tinggal with lyrics


sekarang ini aku disini
mengenangkan apa yg terjadi
sampai hati kau lukai
hati ini yg mencintai
engkau yg aku beri segalanya
kau mungkiri janji
kau lupai yg ku beri
bukan hanya hati ini
selamat tinggal kasih
telah ku ucapkan selamanya
telah ku pergi takkan kembali
selamat tinggal sayang
selamat tinggal kasih
telah ku lafazkan segalanya
takkan ku beri cintaku lagi
selamat tinggal sayang



06 June 2012

peralihan zaman :)

-the journey begin....-

sekolah menengah kebangsaan bukit changgang SPM'05
zaman sekolah menengah. zaman yg aku rasa kadang-kadang membosankan sebab aku selaku pengawas yg suka ponteng sekolah and suka bawak barang2 terlarang macam komik dan majalah and baca time kelas. seorang yg malas buat kerja sekolah and suka join pertandingan melukis and mencipta. pernah jadi wakil sekolah utk pertandingan bola tampar masa umur 13 tahun. dipaksa masuk kelas Sains 1 padahal aku nak masuk kelas perdagangan sebab boleh dapat nombor 1 setiap tahun kalau masuk kelas tu. (haha). forever alone non-muslim dalam kelas selama 4 tahun masa zaman sekolah menengah. start 2005 dah bergelar Islam. dipandang pelik and hina bagi sesetengah orang tp aku buat muka selamba. tak pernah mengulangkaji pelajaran + suka ponteng tp aku tetap lulus semua mata pelajaran :3

cybernetics international college of technology DSK/DPP'06
zaman kolej area Maluri Cheras. sangat tak tahu fesyen. sukahati pergi kelas kadang kadang pakai tudung kadang kadang tak pakai. dikenali la jugak sebab senior dok canang nama aku. mula mula ambik diploma sains komputer. lepas bosan tengok coding aku surrender ambik diploma pengurusan perniagaan pulak. menjadi seorang yg genius matematik sampai boleh tolong lecturer ajar math dalam kelas and tolong budak2 kalkulus belajar.sangat genius mungkin tapi jodoh kat situ tak panjang. aku diminta utk berpindah tempat belajar. so aku pindah lah pada tahun 2007

Selangor International Islamic University College DIA'11
zaman KUIS / SIIUC. sebuah kolej university area Bandar Seri Putra Bukit Makhota. bukan area Raja raja cuma nama dia yg camtu. dan bukan kolej untuk golongan bangsawan tp rata rata yg study kt situ golongan  jutawan. eh aku tidak. aku golongan miskin. kat sini aku study Diploma Perakaunan selama 3 tahun. walaupun tak minat akaun tp aku dapat menghabiskan pengajian aku dengan jayanya. gambar di atas ialah gambar masa aku konvo 2011.

Unikl MIAT (Malaysian Institute of Aviation Technology) BAVM'15
zaman MIAT zaman kapal terbang tergolek. memulakan pencarian pengalaman baru dan ingin menjadi seorang yg terbilang. aku memilih utk belajar bidang penerbangan tp part pengurusan jelah memandangkan tak mampu nak bawak kapal. memulakan kehidupan kat sini yg mungkin kalau umur panjang dapatlah grad kat sini kan dengan kelulusan ijazah sarjana muda pengurusan penerbangan. sini nama je swasta tapi amat mementingkan agama. agama itu perlu. ape ape pun aku suka MIAT :)




*rentetan kehidupan aku yg aku jangka kosong tp sebenarnya banyak perkara yg dah terjadi. semoga aku mampu menghabiskan kehidupan aku dengan tanpa rasa kosong*

03 June 2012

Interview W27-versi 2


Code Kerja:  W27
Jawatan: Penolong Juruaudit a.k.a Penolong Pegawai Audit
Result Interview :16 July 2012



*semoga semuanya baik-baik saja*


31 May 2012

interview W27

hi salam and a very goodnight

harini nak update simple sebab kejap je lagi aku nak sambung study.
study utk ape ye memandangkan aku baru sahaja habis final exam?
ni study utk interview esok. Aku telah dipanggil utk sesi interview utk jawatan (W27) Pembantu Juruaudit atau lebih sedap lagi di panggil Penolong Pegawai Audit :P berkemungkinan kalau lulus interview dan diterima bekerja aku akan meninggalkan pengajian aku dalam Aviation Management memandangkan bukan senang nak dapat kerja dengan kerajaan ni. Siapa yg nak lepaskan peluang kan lagi2 bukan ramai pemegang diploma yg layak utk di interview. Apa-apa pun esok aku akan pergi sendiri sorang sorag ke bangunan SPA (suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia,putrajaya). Macam biasa gua bawak scoot -.- yelah gua takde kereta takde lesen kereta. Tapi tak kisah lah. kalau dh kerja nanti boleh buat loan beli kereta kan :P eh tak tak nak buat loan beli rumah :P ceh berangan sudah aku ni -.-
pape pun malam ni kena study. kena prepare ape yg patut dan yg penting kena tenangkan diri memandangkan hati tak berapa nak rela. :( hmm..doakan aku ye. aku akan cuba redha. hehe :P bubye



27 May 2012

jom heboh yg memang heboh :|

hi semua


kali ni nak cerita pasal jom heboh yg sangat2 heboh lah. kenapa aku boleh cakap macam tu?? sememangnya heboh bilamana diri aku sendiri terlibat dalam satu kejadian yg tak di duga. Aku pengsan di tengah khalayak ramai masa tengah gagahkan diri pergi parking kereta. Teruk kan :|


Masa mula-mula sampai tu memang lah aku terasa macam lain je tapi aku still nak follow abang, kakak ipar and adik aku merayau sekitar booth2 jom heboh. Sempat jugak aku membeli satu dua barang tapi malang sangat tak berbau bila aku mula rasa sakit di bahagian perut. Maybe effect dari mengawal hawa nafsu makan aku yg kian menjadi2 bila duduk rumah :|


Semasa aku temankan adik aku merayau kat booth2 jualan kasut and baju, aku mula dapat rasakan perut aku seakan ditikam-tikam. Pada firasat aku mungkin sakit biasa sahaja tapi akhirnya rasa sakit tu bertukar tragedi bila pandangan mata aku mula kabur dan aku merasa sejuk satu badan. Tanpa membuang masa aku segera mencari tempat utk duduk dan meminta adik aku supaya segera mencari abang aku. Aku pitam.


Ye sememangnya aku pitam tp aku masih dapat kawan keadaan aku masa tu. 10 minit kemudian abang aku pun datang dan bertanyakan hal aku samada aku ok ataupun tak. Aku masih lg ok masa tu cuma rasa letih. aku pernah alami keadaan yg sama semasa aku study kat KUIS dulu. Selepas beberapa minit aku jangkakan diri aku dah ok and boleh berjalan semula. Tanpa membuang masa abang aku segera minta aku kuatkan diri pergi parking kereta sebab takut bila-bila masa sahaja aku akan pitam semula.


Ye aku mampu gagahkan diri aku ni dan cuba berjalan secepat mungkin tapi akhirnya semua tu tak membuahkan hasil bila aku jatuh pengsan di tengah khalayak ramai depan booth Digi. Aku masih sedar lagi masa tu tapi badan aku dah tak boleh nak bekerjasama. Aku jatuh terduduk sambil badan aku habis basah dengan peluh dan mata aku tertutup rapat. Aku cuma dapat dengar apa yg orang sekeliling cakap. Ada yg suruh aku minum and cuba berdiri semula tp akhirnya aku longlai di tengah panas ratusan orang.


Dengan segera abang aku mengangkat aku masuk ke booth Digi and aku dengar pihak2 Digi pun membuat announcement pasal keadaan aku dan segera meminta pihak JPA datang segera memandangkan aku dah macam ape je mase tu. Ye mereka sangat prihatin, beberapa booth yg berdekatan bagi aku air gula, segala macam jenis air yg boleh bantu aku atasi masalah hidrasi tu tapi aku tetap tak boleh nak bangun. Satu badan aku rasakan kena cramp. Sakit sangat. Tapi mujurlah aku dapat balik kekuatan and lawan rasa sakit.


Hampir 15 minit aku cuba untuk pulih tp pihak JPA tak juga muncul2? mana JPA? Nasib aku amat baik bila aku mampu pulih semula dan segera bangun. Abang aku pulak cepat ambik kereta bila melihat keadaan aku pulih semula. Tanpa membuang masa aku dihantar pulang ke rumah. Aku tak berniat pun nak merosakkan hari dorang tp malang tak berbau kan.


Aku masih bergelak ketawa sesampai sahaja aku di rumah tp keadaan tu tak berlanjutan bila aku mula diserang sakit tu semula. Ya Allah peritnya hanya aku dan Tuhan saja yg tahu. Aku segera dihantar ke klinik yg berhampiran. And yes dapat ubat lg. Ubat tahan sakit :| nak tahu doctor cakap apa? aku kena banyak berehat dan bila keadaan aku dah pulih sila datang utk pemeriksaan selanjutnya. Hmm..


Memang heboh lah jom heboh kali ni. Aku nak ucapkan terima kasih kpd pihak2 yg cuba tolong aku td. And also to abang aku Eddy sebab mampu angkat aku yg gemuk ni =.= sekian...

25 May 2012

tak sabar :|

hi semua

entry kali ni sangat ringkas sebab takde idea
sebenaqnya aku...tak sabar nak tengok result :|
nak tengok apa yg aku dpt dengan usaha yg tak seberapa tu
hm. bila boleh tengok result?
:|

24 May 2012

aku pemalu :3

hi salam selamat tengah hari semua :)


maaflah entry yg selalu aku buat mesti pasal diri aku sendiri. takkan nak cakap pasal orang lain pulak kan -.-'' kali ni nak habaq kat semua yg aku ni PEMALU!!! tp pemalu dengan perempuan sahaja..*sigh.. selalu je aku blushing bila nk mula conversation dengan perempuan. Aku rasa diri aku masih tak berubah sangat la bila pasal nak berkawan dengan perempuan. Mungkin sebab dari kecil lg aku dah berperangai macam budak laki tu pasal sampai sekarang perasaan malu tu susah nak di buang --' jum aku nak bercerita sikit pasal diri aku ni..


kisahnya macam ni.........



masa kecik-kecik dulu aku tak ada kawan perempuan. kawan-kawan aku cuma abang-abang aku sahaja (Eddy and Joe) and aku jugak berkawan dengan beberapa kawan lelaki abang-abang aku macam AhTeng, Alan, Adan, Atot and few more (aku dah lupa nama). Macam-macam benda aku buat dengan kawan-kawan aku tu macam lumba basikal, buat aksi superman naik basikal, panjat pokok manggis and macam-macam lg. memang takde satu pun activity perempuan yg aku buat masa kecik-kecik dulu. lagian..aku masa kecik-kecik mana nak reti pakai skirt2 ni semua. dah besar ni je mula jinak-jinak pakai skirt la pakai dress la. masa kecik-kecik jangan haraplah aku nak pakai tu semua. bagi aku semua tu untuk budak-budak perempuan sahaja. eh? aku ni bukan perempuan ke? err...dulu masa kecik-kecik memang aku berpendapat yg aku ni bukan perempuan :|


macam ni la aku kecik2 dlu. nyorok malu :3

pernah suatu masa aku rasa umur aku baru nak masuk darjah satu kot. ha sini aku mula nak berkawan dengan budak perempuan tapi tu pun pasal mak aku paksa ==' masa nak berkawan tu aku ingat lagi ada sorang budak perempuan (kalau tak silap nama dia Ana) tegur aku ajak aku main dengan dorang. main masak-masak. eh pelik -.-'' mana pernah aku main permainan ni..huu -.-'' mula-mula ingat main berdua je, aku ok lg tp lepas tu dia boleh panggil kawan-kawan dia.semua perempuan pulak tu. apa lg...menyorok belakang pokok sey aku. last2 aku balik rumah sebab malu nak join dorang :3 nampak tak kat situ betapa pemalunya aku dengan perempuan :|


tak ku sangka perangai aku ni masih lagi kekal sampai sekarang. cuma sekarang takdelah pergi menyorok belakang pokok ke ape. cuma sekarang ni muka still akan blushing. aku rasa macam nak tutup je muka aku ni. and aku tak tahu nak borak ape kalau dengan perempuan. nak start conversation tu ya ampunnn...kekadang kalau tengok balik chat aku ke ape..aku rase care aku tegur kawan-kawan perempuan aku dah macam care nak mengorat perempuan. eh :P tak tak mana ada aku nak ngorat dorang.aku niat nak kawan je. jangan marah :3



paling menyayat hati,pernah kawan laki aku cakap camni."depan aku takpe ko borak2 dengan Gf aku, belakang aku jangan sebab aku tahu nanti ko mesti ngorat Gf aku punye kan." ehem :P mana ada aku buat camtu...Gf dia comel so aku macam suka lah. haha :D alamak...nampak tak kat situ apa yg jadi :3


sekarang ni aku cuba nak berkawan balik dengan perempuan, hangout dengan dorang dan macam-macam lah. rindu ok nak keluar dengan gegirl only :| bergosip..kelihatan gegirl and banyak lagi lah tp nak start berkawan dengan perempuan tu masih jadi satu masalah. Untuk jadi rapat dengan perempuan memang suatu risiko yg aku rasa mcm susah untuk aku buat. yelah..bila dah rapat dengan perempuan bergelar BFF boleh pulak kutuk aku kaw-kaw. tikam aku dr belakang dan jugak menyebarkan kata-kata kesat pasal aku. cehhh...ni lah paling aku tak suka pasal perempuan. depan drama tp belakang serupa haram jadah. eh bukan semua macam tu tp segelintir yg aku kenal berperangai macam tu :| so agak FOBIA di situ :|


tp sekarang ni jugak aku dh kurang berkawan dengan guys jugak. Atas sebab ingin menjadi lebih perempuan. haha :D guys ni dorang tak drama tp dorang tetap kutuk depan2 -.-" tu yg lain sikit. bukan kutuk belakang2 tp depan2. tahan dengan tak tahan jela telinga ni mendengar. pape pun aku nak jarakkan diri bermula dari saat2 ingin bergelar perempuan sejati :3

eh apa kaitan dengan Lana Del Rey ni? haha :P


err aku rasa tu je kot nak cerita kali ni. aku harap korang yg baca ni faham aku. hehe :)









a place where i continue my study :)

hi all salam :)


2.25 am aku terbangun sbb kelaparan lantas aku menggodek blog aku.. hehe. Nampak tak perubahan yg agak ketara kat blog aku? bertukar skin kan :P alah..aku pakai skin yg dah di buat oleh orang lain tapi aku tukar la ape yg patut ikut citarasa aku. hmm..memandangkan tengah serabut ni and lapar tu yg aku godek2 menda ni =='


ok berbalik kepada tajuk entry, sebagaimana yg sesetengah mungkin tahu lokasi tempat aku study kan. tp sini meh aku nak kongsi sikit map tempat aku study yg aku google guna Google Maps :P see tengok bawah ni.

Unikl MIAT 
see..MIAT ni bukan besar mana pun ye kawan-kawan :) tapi aku dh cukup ok dengan tempat ni. Cuma aku tak berapa nak suka asrama kt sini. Macam asrama sekolah -.- so semester 2 nanti aku lebih prefer duduk luar dari duduk dalam MIAT. lagipun MIAT ni terletak kat hujung ke dalam kampung kira jauh jugak la. lagipun bilangan bangunan hostel utk student perempuan hanya 1 sahaja. huuuuii mana cukup !


MIAT dulu dan sekarang dh lain ok. kalau dulu memang student perempuan yg study kat sini dikira agak rare lah tp sekarang dah ramai kot. tu yg kebanyakkan student perempuan MIAT yg memiliki kenderaan sendiri akan memilih utk tinggal diluar asrama berbanding dalam asrama. lagian...kalau nak dok asrama kena booking lah kena kumpul cop banyak2 lah -.- ihh..aku join je activity asrama tp aku tak g hambek cop tu pn -.- malass :P





20 May 2012

selamat tinggal miat :)

hi salam :)

sebenaqnya kan...semalam aku dh habis pindahkan barang2 aku dari hostel terchenta ni balik ke rumah. tu pun dengan bantuan abang aku yg 'baik' haha :) banyak jugak barang aku ==' semalam Joe (abang aku) datang dgn kawan dia selaku tukang angkat barang2 aku. dia sempat cakap gila berat barang ko ==' ape benda la dalam ni. huu -.-'' 

sedar tak sedar banyak jugak barang aku. untuk buku dan nota sahaja dah penuh 1 beg size medium hok troli punye tu ==' untuk baju pulak aku main sumbat je dalam beg Orang Tanah Besar. haha nak harap beg troli ke beg itu ini ke memang tak muat lah -.-'' errr...pakai beg tu pun tak muat sebenaqnya sampaikan aku guna lagi satu beg balik kampung besau utk baju baju ==' celah mana datang semua baju tu?? setahu aku aku tak bawak banyak baju ponggg =.='' muskil muskil....

hehe..gila tough aku semalam angkat barang2 turun bawah. barang2 separa ringan tak berapa nk ringan aku kasi Baby(Aida) bawak. sapa Baby? Baby tu budak bilik aku lah. saja panggil dia camtu sebab perangai dia comel. haha. Thanks ya Aida :) you're my coolest roomate. masing2 perangai boleh tahan sengal. dok dalam bilik masing2 senyap tp communicate thru Twitter. haha :D

aih pape pun next semester aku dah tak dok asrama MIAT ni lagi :3 mulalah kehidupan aku di luar. maybe menyewa dengan budak2 Mechanic and Avionic dekat Emas Villa. ala...sewa apartment je ponn :P 

see.
i'm small but i'm very tough ok.

19 May 2012

Murni with coursemates :)

anne.kak ipah.farahein.hariz.beny.wan :)
~my coursemate~
from left: kak ipah, beny, ME, min, ainol and daniel


this picture was taken after we finished jalan-jalan around Sunway. so we decide to stop makan-makan at this place lah called Murni. see you all in semester 2 insyaAllah :)

15 May 2012

heartstrings :P

macam muka aku. lalala :P

comel kan gambar2 kat atas ni. actually ni sebenarnya gambar pelakon2 Korea yg aku suka jugaklah :3 kalau ade dua orang ni mesti aku macam terpegun gitu. lagipun aku suka pelakon perempuan ni Park-Shin-Hye :P Shin-Hye comel okeh sebab tu aku suka dia. haha :D terpengaruh potong pendek macam Shin-Hye alkisah nape aku potong rambut sampai pendek.hehe :P tapi akhirnya aku menyesal sebab rambut aku lambat sangat nak panjang ==' aku lg comel berambut panjang.muehehe :3 ok lah bagi yg nak tahu tajuk ape cerita kat atas ni sila tengok Tittle entry ni okeh. :) thats all for now. rase macam nk sambung buat revision tp jam dah menunjukkan pukul 0447 am. perlu tidur dengan kadar segera sebab esok exam pukul 230pm! urghh...memang mata panda la esok. haha :D lantak. nak tidur skrg.goodmorning :)




09 May 2012

threesome :P

hi all..rase lega sangat2 bila aku dah habiskan dua paper exam (1)Fundamental English (2)Introduction to Air Transport and Aviation Industry. Next week ade lg threesomemore paper iaitu (1)Applied Statistic (2) Principles of Management (3) Logistics. Semester ni aku ambik 5 subjek je sebab ade 2 subjek yg aku dah transfer kredit mcm (1) Islamic studies (2) Mandarin 1 :) So agak lega jugak la semester ni. kalau tak 7 subjek lah mcm kawan2 aku yg lain :) Meaning lepas minggu depan dpt la jumpa sayang aku. tu pun kalau dia tak busy lah. hmm :| 

05 May 2012

.F I N A L .E X A M. M O D E.

K E E P S I L E N T P L E A S E !

:)

02 May 2012

malas :/

sebenarnya aku tengah takde mood. jadi dengan tidak semena-mena aku tak dapat nak focus study :/ 5 subjek nak kena cover lebih2 lagi subjek applied statistic yg tah macam mana boleh wujud :/ minggu depan dah nak final exam tapi aku satu hape pun tak study lg. camne ni :/ seriously mood tengah takde. rase nak nangis memanjang tapi yg pasti air mata tak pulak keluar2. (menangis dalam hati takde siapa yg tahu). bila pikir2 mesti kawan2 sekelas aku tengah struggle gila pulun punya sebab yelah final kan. dah la markah pass utk setiap subjek 75%. hmmm :( tolonglah kasi aku semangat :/ buatlah aku tersenyum. 

LOVE


Love is not what you see, not what you think, 
not what you hear, not what you achieve,
 Its all that you feel in yourself....

you touch ur heart & feel the touch of that person
you close ur eyes & have the picture of that person
you take a deep breathe & feel the closeness of that person

you're in love not when you think you're in love
you're not in love when you want to be in love
you're not in love just coz of someone's good looks, 
In fact you're in love when you keep telling yourself, 
you want to be away from love.

Love is when you die for a glance of that person,
love is when you're ready to do anything 
just for a smile from that person

Love is when you have tears in your eyes for that person,
Love is when you start praying for the well-being of that person 
even if that person is not your future...

Love is not invented, not created, nor produced,
its felt by ur heart
then u have a reason to laugh, cry, smile, 
to live life and make it. . . .

langit tak selalunya cerah :(



30 April 2012

1st final exam at MIAT :)


study mode akan di activate bermula dari sekarang
mesti tensen je nanti..huu pape pun
-to all kawan2 ku-
*and to myself oso lah*

all students Bachelor of Aviation Management
Unikl MIAT

"selamat menjalani minggu peperiksaan"
"semoga Allah permudahkan semuanya"
"jangan tensen2! :) "




17 April 2012

public speaking :/

the most worst day in my life when i have to speak in front of the public
maybe sebab aku ni terlampau nervous so aku sendiri tak paham ape yg aku cakap
tapi thanks God yg aku dapat markah ok jgk lah :)
3.5/5 i think ok la kan :3 tapi still tak puas hati..tak cukup preparation and i cant fight my nervousness tu lah
aihh -.- pape pun am a bit busy this whole two weeks
next week ade 4 presentation untuk 4 subjek berbeza so kena setel slide by this week jgk so ade enough time utk buat preparation...and paling menakotkan kena present depan foundation student utk subjek Intro to Air Transport...ohnooo -.- kalau lah english ku tunggang terbalik opkos la malu nnt..huuu -.- so Iza you need enough preparation for the holly chick next week :(

14 April 2012

bronze only -.-

yaiy! bronze pn bronze lah :D
this both my medal at MIAT
untuk game netball and volleyball
dapat bronze je pun :)
takpelah janji ade medal..ahhahahar =.=''
ape ape pun kali ni aktif jgk kan aku bersukan kat miat ni
ngan futsal, volleyball and jog..errr :P
heee...jangan lupa matlamat utama aku nak jadi antara best student miat 
semoga perjalanan aku dipermudahkan. insyaAllah.amin :)


11 April 2012

nothing impossible :)

hi all :)

takde ape yg mustahil dalam dunia ni kan :) petang td aku join team semester 1 lawan netball untuk intersem game..and you know what, for the 1st time kot and a bit shocked lah bile netball kali ni any guys yg berminat nak join boleh join sekali :D kinda whoaaa -.-'' tapi untunglah team aku pun ade guys jgk and majority yg join netball ni ialah coursemate aku.


so ape kaitan ini dengan 'takde ape yg mustahil' ?
opkos la ade kaitan. maybe orang pikir guys tak boleh and tak reti main netball tapi aku tengok tadi dorang berbakat kot -.-'' ade 2 3 player dari semester 4 yg awesomely terer siot main netball padahal dorang jantan (ke dorang penah tukar jantina sebelum ni? hahaha :P) pape pun a big salute la kat budak2 ni sebab terer main :3 and and and..jangan lupa team aku punya guys player Wan, Danial and Hariz. gila kot dorang..jd nyah sudahhh..hahahha :D btw korang awesome :)


ehem3 :D
badan rasa lemau gila ni...huuu esok nak balik rumah! tp petang kena balik sini semula sebab hari khamis ade mid term logistics -.- pape pun ALL THE BEST to my 1BAVM. korang memang cool and best :) aku mintak maaf banyak2 kalau2 aku tak banyak sumbangkan  apa2 kat class kita..yelah aku kan bukan sapa2..huu =.='' ok lah...untuk semua aku ucapkan semoga berjaya dunia akhirat. insyaAllah boleh. amin :)




02 April 2012

salam to all :)

saje je nk post entry pasal ape yg jadi sekarang. tadi kawan aku cakap die lantik aku jd kapten team volleyball semester 1. lusa ni ade game friendly intersem. kire lawan antare semester lah -.- so semester 1 kena hantar 1 team utk each game yg ade macam volleyball,netball,basketball,soccer dan lain2. aku macam biase kena masuk volleyball and kena pulak jadi kapten. aisey -.-'' nk train dorang dalam mase sehari mane nak cukup. so aku ajar dorang camne nak digging,serve and yg sepatutnya lah. peraturan permainan tu penting. pape pun main untuk suka2 bukan utk jadi wakil pape. tp kawan aku (senior sem 5) ajak aku join team miat. kire wakil miat utk any game utk volleyball lah..aiseyy lagi sekali sebab kena jadi wakil miat kot ==' aku bukan terer mane tp setakat main suka2 tu boleh lah ==' CUKUP pasal volleyball.

the end.

01 April 2012

1BAVM

group Benny

Anne

me and nabilah

nabilah

me :)

Anne's tattoo

Shakila

Focus

Facebooking during class..err..not me :P

bowling alamanda putrajaya :)

anne with hadi

me, hadi and wan :)

sangat takde keja..after class lepas hantar izzul balik rumah
four of us g main bowling kat alamanda putrajaya
ni lah coursemate aku.
^_^
1BAVM

futsal :)

nabila, arin and me :)

my team :) one left -jijah :P

1BAVM futsal team. i need two more girls to play with =.=

previous futsal friendly match between batch 
aku join team random (sem1,sem2,sem3)
kinda fun actually sebab boleh test stamina pancit ke tak
so next game? tengok la camne..hehe
my team best :)
-nabila,jijah,arin and saida-

30 March 2012

GUNUNG BEREMBUN (16MAC-19MAC2012)

snap2 :)

happy tho penat

arrived

30 participants :)

with the boys

tapak khemah aku :)

at the peak of Gunung Berembun Cameron Highland
meet new friends :) hiking memang best tapi memenatkan. try la kalau berani. hee :)

14 March 2012

BACK TO THE JUNGLE !

TENTATIVE PROGRAM
CCC Survival Camp

17 March 2012 (Saturday)

8.00 a.m : Expected time departure
UniKL MIAT to Sungai Pauh Campsite, Cameron
Highland
2.30 p.m : Expected time arrival at Sungai Pauh Campsite, 
Cameron Highland
3.00 p.m : Zohor prayer 
3.30 p.m : Setting camp equipment
4.30 p.m : Asar prayer & Hi-Tea 
5.00 p.m : Preparing dinner 
7.00 p.m : Self grooming
7.30 p.m : Maghrib & Isya’ prayer + Dinner
9.30 p.m : Ice breaking
10.00 p.m : Mountain hiking briefing 
11.00 p.m : Time to Sleep

18 March 2012 (Sunday)

6.00 a.m : Subuh prayer, self-grooming
7.30 a.m : Morning Exercise
8.00 p.m : Breakfast
9.00 p.m : Fittness and Trekking to Mount Irau and Perimbun
“Challenge Yourself”
5.00 p.m : Back to campsite
5.30 p.m : Asar prayer & Hi-Tea 
6.00 p.m : Preparing dinner & Self grooming
7.30 p.m : Maghrib & Isya’ Prayer 
9.00 p.m : Dinner+BBQ
10.00 p.m : Sharing moment session
11.00 p.m : Time to Sleep

19 March 2012 (Monday)

7.30 a.m : Exercise & Self Grooming
8.00 p.m : Breakfast
9.00 p.m : Mini Counselling Skill Workshop
“Challenge Your Mind”
10.00 p.m : Packing up
11.00 p.m : Visit Cameron Highlands 
2.00 p.m : Departure to UniKL MIAT 
7.00 p.m : Expected time arrival at UniKL MIAT



Mount Irau -.- ohsemmmmm


13 March 2012

mengaji :)

-Alif -Ba -Ta


ye aku tahu aku tak pandai mengaji. tp aku dah start masuk class mengaji semula ok. so ape sebab kau nak gelakkan aku kalau aku masuk class mengaji pun? mengaji tu dosa ke? mengaji tu melucukan ke? sikit pun tak paham la perangai melayu ni. jangan buat aku jd racist -.-

accident -.-

1.30pm
depan makhamah sepang


malang tu tak berbau. tengah syok2 bawak motor ngan member sambil bergelak sakan..sekali ade accident depan mata. dua budak MIAT dh terbaring tengah jalan sebab mengelak dr langgar beruk yg melintas jalan. dengan serta merta stop motor tepi jalan and tolong dorang. darah laju je mengalir dr muka Ammar.salah sorang budak yg accident tu. aku kenal dia.satu group dengan aku masa MSR -.- ape gune kawan kalau tak tolong kawan kn. tak peduli orang tengok aku cam ape. ade yg just tengok2 dorang camtu je, aku tolong angkat barang2 budak2 ni ke tepi and tengok muka Ammar yg dh pecah tu -.- nasib jugak ade student lain yg lalu and tolong hantar dorang pergi klinik -.- Izzudin cakap Ammar teruk jugak luka kena jahit -.-'' aihh..merisaukan aku utk bawak motor..tapi nak buat camne,..tu je yg aku ade..huu ==' k la..semoga cepat sembuh dorang dua tu :)

09 March 2012

A7X live in Malaysia!!!!


april <33
all this tickets are belong to 8 person including me :)
thanks to my besties rakan2 SONY yg support gua punya ticket!
haha..zone depan tu wokeh! ^_^
tak sabar rasenye nak tunggu 29 April <33